1
2
3
✛
Survive ?
ok, ok
Aku dalam zon sangat selesa untuk beberapa hari ini since sekarang musim budak-budak dressar trainee (sebut: Pelatih Pembantu Perubatan) keluar klinikal. Tambahan pula, turn aku lagi dua hari so masa aku sangat banyak untuk makan, tidur, huhahuha, fikir itu fikir ini, tidur balik, baca buku, menyusup keluar bila rasa maha-bosan stay kolej blabla.
Sekarang aku dipenghujung semester 2 dan bakal menjadi pelatih semester 3 lagi sebulan dari sekarang (statement yakin lulus buat aku menyampah sendiri. hiihak)
Semester lepas (Semester 1) merupakan semester paling kritikal dalam sejarah buat senior-senior kami (baca: kata mereka). even result lambat keluar semester lepas then aku buat drama berani mati fly jaa pegi buat umrah.
Alhamdulillah. Survived !
Sampai Makkah terus mummy bawa puasa sunat, tawaf sunat, stay dekat mesjid tengok kaabah. no words describe macam mana tenangnya hati masa tuu. Dapat result, puasa dan buat tawaf sekali. Teringin rasanya mau ulang masa itu lagi. Sampai sekarang dapat rasa feel tuu.
Dan sekarang aku cuba untuk survive lagi sampai semester 6. Coba, coba dan terus mencoba untuk berenang ketepian.
Mencoba untuk berfikiran positif, bangkit dan terus bangkit bila jatuh untuk sentiasa bertahan.
Masuk semester 2, aku mula sedar kerjaya yang aku pilih ini bukan satu kerjaya yang mudah. Hati kena kental, kesabaran kena tinggi sebab handle manusia bukan handle manikin macam praktis selalu tuu.
Masa banyak dikorbankan untuk patient dari keluarga. Bukan diri sahaja yang harus kental, tapi keluarga juga harus faham apatah lagi kawan-kawan. Baru bergelar trainee, masa banyak dikolej dari diluar dengan family dan kawan-kawan apalagi bila bergelar officer.
That's how kolej ajar kami, "ko bakal paramedik jadi masa ko nanti banyak dekat hospital. ndapaya mau perasan sangat mau joli sana-sini nanti kebiasaan !" (sinopsis: sedar diri sikit)
Jalan aku sangat jauh dan macam-macam boleh jadi dalam lagi 2 tahun ini.
Aku percaya apa yang Allah sudah tentukan untuk aku.
Dan aku juga akan tetap berusaha untuk jadi bakal dressar yang tidak membunuh.
There are all these moments you think you won't survive,And then, you survive.
Peace upon to you.